Pahang FA

Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.